Pengenalan

Pendahuluan


COACH atau nama penuhnya Centre For Organizing Observations and Research Products merupakan satu unit di bawah Biro Latihan dan Penyelidikan, Sekretariat Pendakwah Muda Malaysia (SPMM) USIM.


Ia bertindak sebagai pusat yang mengumpul dan mengeluarkan apa jua kajian ilmiah demi untuk menjelaskan kekusutan dan masalah-masalah yang dihadapi oleh masyarakat umum di Malaysia.


Pembentukan COACH diasaskan kepada satu bentuk pengurusan organisasi yang kukuh dan teratur serta terikat kepada ketetapan SPMM. COACH bukan sahaja tertumpu kepada pengkajian berbentuk ilmiah bahkan berbentuk isu semasa yang hangat diperkatakan masyarakat umum.


Sehubungan dengan itu, ia juga berperanan memberikan alternatif terhadap perkara-perkara yang bertentangan dengan Islam sama ada dalam aspek sosial, politik, ekonomi dan sebagainya.


Moto


“Towards Achieving USIM's Vision”




Okjektif
1. Menjadi suara rasmi kepada Sekretariat Pendakwah Muda Malaysia (SPMM) USIM di dalam menyuarakan pandangan dan pendapat dalam perkara yang berkaitan dengan ajaran Islam.
2. Mewujudkan suasana pengkajian ilmu di kalangan mahasiswa/i USIM.
3. Melahirkan generasi ilmuwan Islam yang berfikiran matang dan terbuka dalam menyuarakan pendapat.


Aktiviti
1. Mengadakan kajian-kajian ilmiah.
2. Menyumbangkan kajian untuk SPMM dan bacaan umum.
3. Mengadakan kerjasama dengan institusi luar bertujuan mendapat bahan kajian dan penyelidikan.
4. Mengkaji, mengumpul dan menyelaras hasil pengkajian mahasiswa/i USIM.

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes